Pages

Monday, September 7, 2009

Bom Perang Dunia Kedua ditemui

MIRI: Sebutir bom Perang Dunia Kedua yang ditemui tertanam di Kampung Pasir Lutong, kira-kira 12 kilometer dari sini semalam dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Polis hari ini.

Ketua Polis Miri ACP Jamaludin Ibrahim memberitahu Bernama hari ini bahawa unit itu memusnahkan bom sepanjang 18inci itu di kawasan terbuka di bekas landasan terbang Lutong.

Mengesahkan bahawa bom itu dari zaman perang 1940an, beliau berkata ia ditemui oleh seorang pengimpal berusia 45 tahun semasa sedang membersihkan kawasan rumahnya pada kirakira 6.30 petang. Jamaludin menasihatkan penduduk di Lutong supaya berhati-hati bila berkebun atau mencangkul di sekitar rumah mereka kerana dikhuatiri ada bom yang tertanam memandangkan Lutong pernah dihujani bom semasa perang berkenaan. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini