Pages

Saturday, August 22, 2009

Topeng Muka Percuma

KLANG, 22 Ogos: Empat buah sekolah di sekitar Klang telah menerima 5,000 keping topeng muka percuma dari Exco kerajaan negeri.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Memandangkan wabak H1N1 semakin berleluasa dan majoriti mangsanya adalah pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan lain-lain.

Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang meminta mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar kesihatan pelajar tersebut terkawal dan tidak terganggu menjelang peperiksaan tersebut.

Empat buah sekolah yang menerima sumbangan terebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Tepi Sungai, Sekolah Chun Mei Sg Bertih dan Sekolah Agama Hishamuddin Sungai Bertih.

Turut serta dalam program ini ialah Dr Ahmad Yunus Hairi selaku pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, En Azri selaku Pengarah Briged Amal Selangor dan Sukarelawan-sukarelawan Briged Amal Selangor.

No comments:

Posting Terkini