Pages

Wednesday, August 12, 2009

Bangkai pesawat ditemui di Papua

SYDNEY: Bangkai pesawat sewa khas yang hilang ketika membawa 13 orang di kawasan pelancongan Papua New Guinea sudah dikesan helikopter penyelamat.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Papua New Guinea, Joseph Kintau, berkata pesawat berkenaan ditemui pagi ini di "kawasan yang amat, amat sukar".

Kintau memberitahu radio Australian Broadcasting Corp bahawa isyarat radio sudah diterima tetapi beliau tidak pasti jika ada yang selamat.

Katanya, pasukan penyelamat akan sampai ke kawasan nahas secepat mungkin.

Pesawat yang membawa 11 penumpang dan dua anak kapal itu hilang pagi semalam dalam cuaca buruk ketika menuju sebuah lapangan terbang di wilayah Kokoda.

Sembilan rakyat Australia, seorang rakyat Jepun dan tiga rakyat Papua New Guineans berada dalam pesawat. - AP

No comments:

Posting Terkini