Pages

Saturday, August 1, 2009

Himpunan ISA - Lebih 30 Orang Ditangkap.

KUALA LUMPUR: Lebih 30 penyokong kumpulan GMI yang mahu mengadakan himpunan anti-ISA di sini petang ini ditangkap sejak pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad sebentar tadi.

Lebih 20 orang ditahan di kawasan Masjid Negara manakala enam di kawasan berdekatan LRT Masjid Jamek.

Polis juga mengesahkan tangkapan bagi tujuan dokumentasi dan ingkar arahan bersurai.

"Mereka ditangkap sejak sekitar 9 pagi tadi. Kami sudah minta peguam kami uruskan perkara itu,"

Walaupun ada tangkapan, kata beliau, pihaknya akan meneruskan himpunan menggesa ISA dimansuhkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, setakat 11.30 pagi tadi tiada tangkapan membabitkan penyokong kumpulannya.

"Bagaimanapun saya difahamkan 12 penyokong GMI sudah ditahan," katanya.

-- mstar

No comments:

Posting Terkini