Pages

Wednesday, April 15, 2009

Sidang Media MB Mengenai YB Elizabeth

KUALA LUMPUR: Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan isu peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat dan Exco Selangor akan diketahui tengah hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengumumkan mengenai kedudukan Elizabeth pada sidang media selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Sidang media itu dijadual jam 1.30 tengah hari ini di pejabat menteri besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di Shah Alam.

Elizabeth 37, yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR sebelum ini menawarkan diri meletakkan kedua-dua jawatan itu tetapi kerajaan negeri memutuskan supaya beliau bercuti sehingga hari ini.

No comments:

Posting Terkini