PARIS: Penjaga gol, Shay Given muncul wira Manchester City apabila menyelamatkan dua tendangan penalti Aalborg pada pusingan kedua kelayakan 16 pasukan Piala UEFA, awal pagi tadi.
Selepas ketinggalan 0-2 kepada pasukan Denmark itu, kedua-dua pasukan terus terikat 2-2 pada masa tambahan (City menang 2-0 di tempat sendiri).
Ketika keputusan ditentukan dengan tendangan penalti, Given mempamerkan kecemerlangan dengan menyelamatkan tendangan Thomas Augustinussen dan bekas penyerang Sheffield United, Luton Shelton.
Semua tendangan penalti City mudah disepak masuk menerusi Ched Evans, Elano, Shaun Wright-Phillips dan Richard Dunne.
City yang dibimbing Mark Hughes hampir melangkah ke suku akhir dengan selesa ketika lapan minit permainan biasa berakhir tetapi tendangan Robinho terkena palang gol.
Dua minit kemudian, Shelton merapatkan defisit skuadnya dengan bola tampanannya kemas menerjah jaring.
Pada minit ke-90 ketika City hampir merayakan kemenangan, Evans pula dipersalahan kerana bola terkena tangan sehingga Aalborg dihadiahkan penalti yang mudah disudahkan oleh Michael Jakobsen.
“Ia satu tekanan hebat kepada kami yang akhirnya dapat diatasi," kata Given, pemain antarabangsa Ireland.
“Kami mulanya agak selesa dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri tapi itu tidak menjamin kemenangan.
"Akhirnya kami memilih untuk layak dengan bermain penuh kudrat dan kesukaran," katanya. - AFP
Friday, March 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment