Pages

Sunday, March 1, 2009

Nik Aziz minta jangan guna perkataan Bumiputera

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju istilah "bumiputera" digunakan terutama bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Beliau berkata, istilah bumiputera itu juga berbau perkauaman dan menafikan hak kaum lain sedangkan mereka mempunyai hak yang sama rata dan mempunyai kad pengenalan yang sama.

"Bila pilihan raya kaum lain boleh mengundi dengan satu undi, begitu juga dengan kaum bumiputera dapat mengundi dengan satu undi," katanya mengulas kedudukan bumiputera di negara ini yang didakwa sama dengan golongan aparteid di Afrika.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, sewajarnya pihak tertentu menyamakan bumiputera itu sama seperti aparteid.

Beliau berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu badan bagi mengendalikan golongan miskin di negara ini bukannya membantu satu kaum yang dikenali sebagai bumiputera.

"Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera. Yang saya suka perkataan miskin, melibatkan semua kaum, begitu juga dalam Islam tidak sebut (Islam) hak Arab sahaja tetapi hak semua termasuk Arab Quraisy," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, penubuhan sebuah badan yang mengendalikan bantuan kepada golongan miskin dapat menentukan pihak yang bertanggungjawab mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, semua golongan yang terdiri dari kalangan miskin perlu dibantu sebagaimana kerajaan membantu golongan bumiputera sekarang.

"Apa kita hendak guna bumiputera sahaja sedangkan kaum Cina, kaum India pun miskin juga dan perlu dibantu," katanya. BERNAMA

2 comments:

manathu.com said...

memang benar, Sasterawan Usman Awang pernah menulis sajak untuk sahabatnya, Dr. M K Rajakumar:

Sahabatku
Suatu bangsa merdeka yang kita impikan
terasa masih jauh dari kenyataan
kemarahanku menjadi kepedihan
bila kita dipisah-pisahkan
jarak itu semakin berjauhan
aku dapat gelaran ‘bumiputera’ dan
kau bukan

Bila kah kita dapat memadamkan
Perbezaan keturunan yang kian membakat kita
Dan membiarkan curaham minyak yang kian menyala
Oleh mereka yang sering bermuka dua ?
Bilakah kita dapat mempetaruhkan nasib anak anak kita yang tak berdosa
Dan generasi akan datang keturunan kita
Menjadi mangsa keturunan kita menjadi mangsa keturunan yang berbeza
Oleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa?

Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan
Kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan berlebihan
Antara dua golongan darjat masyarakat
Suatu janji dari erti kemerdekaan?

Bilakah semua wargenara mendapat hak
Layanan dan keadilan yang sama
Dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia

Pak Brahim said...

Ya, jika orang Melayu di panggil bumiputra, apakah orang Cina di panggil anginputra, orang India apiputra dan lain-lain bangsa langitputra atau pelbagai putra lainya.

Hai.. pening dengan gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN yang berjiwa perkauman yang pekatkarat.

Posting Terkini