KUALA LUMPUR: Di sebaliknya kedinginan suasana di Arena Birmingham, Lee Chong Wei jelas merasai ‘bahang’ berstatus pemain nombor satu ketika meneruskan langkahan ke suku akhir badminton Seluruh England, semalam.
Pilihan utama itu nyata tidak bermasalah menundukkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-18, 21-16 pada pusingan kedua hari ini, tetapi dia mengakui betapa tekanan terpaksa dihadapi ketika ini, memang dirasai.
“Kini saya tahu betapa sukarnya jadi pemain nombor satu dunia. Semua lawan berusaha lebih kuat untuk mengatasi saya. Ia membuatkan saya terpaksa sentiasa waspada,” katanya ketika dihubungi sebaik tamat aksinya, hari ini.
Hakikat itu terserlah selepas Chong Wei dipaksa berjuang selama 53 minit sebelum mampu melepasi pusingan awal, dengan keemnangan 19-21,21-16, 21-11 ke atas pemain muda China, Lu Yi.
“Biarpun kalah satu set, saya anggap ia ujian amat baik untuk saya. Saya perlu sentiasa fokus kepada satu persatu perlawanan. Saya juga harap dapat terus tingkatkan persembahan pada setiap pusingan,” katanya.
Lawannya pada suku akhir, hari ini ialah pemain Finland, Villa Lang, yang mendapat kemaraan percuma selepas pilihan kelima dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, menarik diri.
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment