SHAH ALAM: Malaysia meminta bantuan Interpol di Thailand bagi mengesan seorang tahanan warga Singapura yang melarikan diri dengan tangannya bergari ketika dibawa ke sebuah lokap di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 20 Februari lalu.
Bila kes yang sepatutnya menuntut kebijaksana dan ketangkasan, PDRM jadi bebal, lembab dan ngoook!!!
Pesalah sudah digari masih terlepas lari. Bila RAKYAT menuntut keadilan dan berhimpun secara aman, polis-polis ni mula tunjuk hebat, tangkas dan pantas. Ngoook betul.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin, berkata polis sudah melakukan hebahan di balai polis dalam dan luar negara bagi mengesan Jay Chia Shao Kiat, 32, yang menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tak pasal-pasal wang RAKYAT dibelanjakan untuk bayar kerja tambahan yang sepatutnya tidak perlu dibazirkan jika PDRM berkerja dengan cekap dan bertanggungjawab.
"Kita percaya dia masih berada di negara ini. Belum ada tanda dia kembali ke Singapura atau ke Thailand kerana isteri dan anaknya menetap di Bangkok.
Mungkinkah ada unsur RASUAH sehingga tahanan tersebut boleh terlepas?
"Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami sudah meminta kerjasama semua agensi penguatkuasa bagi mengetatkan kawalan di pintu sempadan negara kerana bimbang tertuduh mungkin melarikan diri keluar dari Malaysia," katanya.
Chia, guru bahasa Inggeris di Bangkok, melarikan diri dengan tangannya masih bergari ketika diiringi dua anggota polis ke lokap mahkamah selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment