Pages

Sunday, March 1, 2009

Harapan Liverpool semakin pudar: Benitez

MIDDLESBROUGH: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui harapan skuadnya untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana Ingegris musim ini semakin pudar selepas kalah 2-0 kepada Middlesbrough, malam tadi.

Malah Benitez semakin akur untuk 'menyerahkan' tahta kejuaraan itu kepada Manchester United sebaik skuadnya rebah di Stadium Riverside.

Aib Liverpool bermula dengan gol sendiri Xabi Alonso, diikuti kecemerlangan Tuncay Sanli pada separuh masa kedua, mengakhiri rekod tanpa kalah Liverpool dalam 15 perlawanan liga.

Ia sekali gus menyaksikan Liverpool turun ke tangga ketiga di belakang Chelsea dan beza tujuh mata dengan United yang mendahului liga.

Benitez berkata: "Kita akan memastikan Liverpool menang dengan Sunderland nanti. Sebelum perlawanan ini, impian untuk memburu kejuaraan amat sukar sekali," katanya.

"Kami mempunyai masalah dengan kecederaan dan beberapa pemain pula letih.

"Kami boleh menang perlawanan malam tadi untuk tempoh 30 minit pertama, tapi kita gagal meneruskan penguasaan selepas itu," katanya. - AFP

No comments:

Posting Terkini