Pages

Friday, March 6, 2009

$EKILA$

LABA BERSIH DAIRY FARM NAIK 29%:

Pengendali pasar raya dan kedai runcit Dairy Farm mencatat keuntungan bersih yang meningkat 29 peratus bagi tahun kewangan 2008. Dalam kenyataan kepada Bursa Singapura semalam, firma itu berkata tahun lalu keuntungan bersihnya mencapai AS$333 juta ($499.5 juta).

Ini lebih tinggi berbanding dengan AS$258 juta yang dicatat pada 2007. Keuntungan itu meningkat ekoran penjualan lebih tinggi, mencapai AS$7.7 bilion, naik 13 peratus. Sementara keadaan ekonomi masih belum menentu, Dairy Farm berkata perniagaan runcitnya mencatat prestasi yang stabil.

LABUAN BINA HAB PENGEDARAN PRODUK HALAL:

Labuan semalam memulakan kerja-kerja pembinaan Hab Pengedaran Halalnya. Hab itu akan dibangunkan menerusi dua tahap dan dijangka menelan belanja RM86 juta ($37 juta). Ia akan menjadi pusat utama bagi pengedaran produk-produk halal di Malaysia dan di pasaran antarabangsa, kata Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, dalam kenyataannya semalam.

DEWAN NIAGA CINA DAN IE SINGAPORE ANJUR SEMINAR:

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI ) dan International Enterprise (IE) Singapore akan mengadakan satu seminar dalam bahasa Inggeris bagi membantu para peniaga memanfaatkan Perjanjian Dagangan Bebas Singapura-China yang baru dimeterai. Seminar itu akan berlangsung pada 20 Mac ini dari 10 pagi hingga 12 tengah hari. Ia akan diadakan di Bilik Unity, tingkat lapan, Bangunan SCCCI di Hill Street. Seminar itu percuma bagi anggota SCCCI dan $10 bagi bukan anggota. Pendaftaran boleh dibuat melalui talian SCCCI di 6337-8381.


No comments:

Posting Terkini