KUALA LUMPUR 23 Feb. - Seorang pegawai kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada seorang Timbalan Pendakwa Raya berhubung sumber wang yang digunakan untuk membaik pulih kediamannya dua tahun lalu.
Mohamad Obeidullah s.k. Abdullah, 57, didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberitahu Anthony Kevin Morais bahawa wang RM220,000 yang digunakan adalah hasil kemenangan dalam progress jackpot sedangkan dia tidak pernah memenangi permainan judi itu.
Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment