Pages

Thursday, February 5, 2009

Najib mengadap Sultan Perak 2 kali, bawa 4 ADUN

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di Istana Kinta, Ipoh dua kali hari ini - antara 9.50 dan 10.55 pagi untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan menubuhkan kerajaan baru.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Beliau meninggalkan istana pada 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - ADUN kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pukul 10.55 pagi ini.

Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan sidang media pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut menyertai Najib di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.


No comments:

Posting Terkini