Pages

Friday, February 20, 2009

Briged PGA rancang tubuh 16 skuad anti-rusuhan

SIBU: Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) merancang menubuhkan 16 unit skuad anti-rusuhan pada tahun ini, kata Adjutannya, DSP Kamarulzaman Ibrahim.

Beliau berkata, batalion di Kuching di sini dan Miri akan memiliki enam unit bagi setiap skuad.

"Setiap unit akan mengandungi 48 pegawai dan anggota," katanya selepas menyaksikan majlis perbarisan tamat latihan 45 pegawai dan anggota Batalion PGA ke-10, Kem Lanang dalam latihan kawalan anti-rusuhan dan pengurusan selama 11 hari di sini, hari ini.

Katanya, skuad itu perlu sebagai sebahagian persediaan briged untuk pilihanraya umum dan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan.

Menurutnya, sungguhpun semua anggota PGA telah menjalani sesetengah latihan asas, apa yang mereka pelajari kini adalah teknik baru atau yang telah dimuktamadkan.

"Apa anggota kita pelajari hari ini adalah apa yang mereka diajar di Unit Sekolah Latihan Simpanan Persekutuan di Perak.

Sekolah ini menghantar dua pengajar di sini untuk melatih anggota kita," katamya.

Terdahulu dalam ucapannya, Kamarulzaman berkata, sungguhpun keadaan di negeri ini tidak terlalu mencabar berbanding dengan di sesetengah negeri di Semenanjung, persediaan perlu diadakan bagi menhadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Latihan itu, katanya, bertujuan menanamkan mental kuat dan kekuatan fizikal dan disiplin di kalangan anggota. - Bernama

No comments:

Posting Terkini