Pages

Tuesday, February 3, 2009

198 orang hanyut diselamatkan di Indonesia

JAKARTA 3 Feb. - Pihak berkuasa Indonesia menyelamatkan 198 orang dipercayai dari Myanmar yang ditemui terapung di dalam sebuah bot kayu di luar pantai Aceh, kata seorang pegawai kerajaan tempatan hari ini.

Kumpulan yang kesemuanya lelaki itu ditemui terapung tengah hari semalam oleh nelayan tempatan, kata naib ketua daerah Aceh Timur, Nasrudin melalui telefon.

“Ketika ini 20 daripadanya telah dimasukkan ke hospital dan selebihnya ditempatkan di ibu pejabat tentera laut di timur Aceh," kata Nasrudin.

Pada 7 Januari lalu, sekumpulan 193 pelarian Rohingya iaitu kumpulan etnik minoriti Islam yang tidak bernegara dari timur laut Myanmar ditemui terapung di laut dalam sebuah bot kayu dan dibawa ke Sabang di wilayah Aceh. - Reuters


No comments:

Posting Terkini