Pages

Friday, January 9, 2009

'Tentera semut' ligat seludup barang

PADANG BESAR: Kumpulan 'tentera semut' yang menjadi nadi kegiatan penyeludupan di sekitar daerah ini, dikesan semakin berani sehingga sanggup menjadikan kawasan laluan menghala pos kawalan yang dikawal rapi pasukan keselamatan di Kampung Melayu di sini, sebagai lokasi kegiatan mereka.

Laluan yang terletak kira-kira 100 meter daripada pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Melayu, dipercayai bukan saja dijadikan 'pintu masuk utama' pelbagai barangan seludup, malah beberapa rumah kosong di kawasan itu turut dijadikan markas serta stor haram untuk menyimpan barangan haram terbabit.

Untuk mengelak dikesan pihak berkuasa, sindiket terbabit turut dibantu ‘tonto' bagi memantau pergerakan pasukan keselamatan, termasuk meninjau kehadiran anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang menjadi penghalang utama kegiatan mereka.

Malah, mereka juga dikatakan mempunyai anggota khas untuk mengkaji selok-belok kawalan keselamatan, termasuk jadual waktu rondaan anggota UPP ke kawasan berkenaan bertujuan mengelak setiap cubaan menyeludup digagalkan.

No comments:

Posting Terkini