Pages

Tuesday, November 11, 2008

Tan Sri Aziz Yusof dilantik Pengerusi SPR

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuatkuasa mulai 31 Disember ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Yang diPertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Aziz mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Abdul Aziz, 58, sebagai Pengerusi SPR berkuatkuasa mulai 31 Dis ini sehingga beliau genap berusia 66 tahun, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 Jan 1950.

Abdul Aziz, yang sebelum bersara wajib pada 24 Jan 2006 berkhidmat sebagai Ketua Setiusaha Dalam Negeri, dan dilantik semula memegang jawatan yang sama secara kontrak.

Pelantikan Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang tamat tempoh perkhidmatan kerana mencapai umur 66 tahun pada 30 Disember ini.

Mohd Sidek, bagi pihak Kerajaan, mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan Abdul Rashid sebagai Pengerusi SPR selama lapan tahun dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini