Pages

Thursday, November 20, 2008

OBAMA PILIH KULIT HITAM JADI PEGUAM NEGARA

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, sudah menamakan peguam veteran, Encik Eric Holder, sebagai Peguam Negara, sekali gus peguam kulit hitam Afrika-Amerika pertama menyandang jawatan itu.

Encik Holder, yang pernah menjadi Penolong Peguam Negara semasa pentadbiran mantan Presiden Bill Clinton, akan mengetuai Jabatan Keadilan Negara, lapor majalah Newsweek yang memetik sumber perundangan yang rapat dengan pentadbiran peralihan Encik Obama.

Bagaimanapun, pentadbiran peralihan Encik Obama tidak dapat memberikan komen segera mengenai laporan itu.

Namun ia kemudian disahkan stesen berita NBC.

'Encik Obama menawarkan Encik Holder jawatan itu dan beliau menerimanya,' lapor Newsweek.

Pengumuman mengenai pelantikan itu hanya akan dibuat Encik Obama selepas memilih siapa yang mengetuai Jabatan Negara dan Perbendaharaan Negara, tambah laporan itu.

'Ia satu pilihan yang simbolik dan buat julung-julung kalinya berlaku. Beliau akan menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Jabatan Keadilan Negara,' lapor NBC.

Mengikut profil peribadinya, Encik Holder, 57 tahun, lahir di New York dan ayahnya seorang pendatang dari Barbados yang berhijrah ke Amerika ketika usia muda.

Encik Holder adalah lulusan Columbia College sebelum memperolehi ijazah undang-undang dari Columbia Law School pada 1976. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini