PETALING JAYA: Ketua kumpulan ajaran sesat, Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 68, kembali ke Malaysia baru-baru ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam mengarahkan polis tidak menahan beliau dan kini Arifin telah kembali ke Thailand.
Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu.
Dia yang mengakui mengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.
Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.
Sebelum ini, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005.
Tertuduh dikatakan mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment