Pages

Monday, November 10, 2008

Akta ISA Sempurnakan Agenda Amerika

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kerajaan BN menyempurnakan agenda Amerika.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), Dato’ Dr. Badrul Amin Bahron, Amerika menggunakan Akta seperti ISA untuk mengekang penyebaran Islam dan membentuk pendapat umum bahawa kumpulan seperti Osama Laden adalah pengganas walaupun perkara tersebut belum dibuktikan.

Menurut Badrul, BN di Malaysia menggunakan taktik yang sama dalam menahan sesorang atau kumpulan tertentu seperti Jemaah Islam Malaysia (JIM), tokoh politik dan aktivis masyarakat.

Katanya lagi ISA digunakan bukan untuk mengekalkan ketenteraman negara seperti yang didakwa, tetapi bertujuan mengekalkan kuasa pemerintahan BN dan kerusi empuk Menteri-menteri.

Beliau dihubungi pagi ini ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan penahanan ISA berasaskan fakta.

Badrul turut mempersoalkan bagaimana seseorang itu boleh ditahan walaupun tanpa bicara sedangkan mereka belum dibuktikan di mahkamah.

“Seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah.”Ujarnya

Menurutnya, Akta ISA wajar dimansuhkan segera kerana menafikan hak seseorang dan bertentangan dengan undang-undang Islam yang mementingkan keamanan dan keadilan sejagat.

“Akta zalim ini mencabul hak kebebasan manusia dan prinsip kemanusiaan sejagat.”. Tambahnya yang juga bekas tahanan ISA selama dua tahun sejak 2001. (SK)

No comments:

Posting Terkini