Pages

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah tidak pertahan jawatan Presiden Umno


TERIMA KASIH... Abdullah Ahmad Badawi melambai ke arah wakil-wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkumpul di pintu masuk utama kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada beliau. Lebih 30 orang yang mewaklili pelbagai NGO Melayu berkumpul seawal pukul 7 pagi sambil memegang poster. Antara NGO Melayu yang hadir ialah Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) selesai mengadakan mesyuarat dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pendiriannya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Mesyuarat yang bermula pukul 3.45 petang baru berakhir.

Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok.

Dalam pada itu, Menara Dato' Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah.

Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato' Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej "Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi" sambil melaungkan "Hidup Pak Lah".

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang.

Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan "Hidup Pak Lah" dan "Pak Lah Presiden, Najib Timbalan".

Abdullah akan memperjelaskan pemimpian komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib.

1 comment:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Berita yang amat sedih di terima.. sama ada esok orang akan bersuka ria kemungkinan minyak akan turun lagi atau orang akan sedih dan terharu dengan pengumuman Pak Lah ni... apa pun... selamat sejahtera buat PM kita yang ke-5..

Tetapi heran kenapa kata Paklah Ni kesinambungan dari Perdana Menteri yang Ke-2? apa persamaannya? mungkin kerana perletakkan jawatan? atau tidak bertanding???

Salam mesra,

Posting Terkini