Pages

Wednesday, October 8, 2008

NOVEL KISAH ISTERI NABI MUHAMMAD DIEDAR LEBIH AWAL

SPOKANE (Washington): Novel karya Cik Sherry Jones bertajuk The Jewel of Medina diedarkan lebih awal di kedai-kedai buku di sini semalam, di tengah-tengah kebimbangan novel mengenai isteri Nabi Muhammad itu boleh mengundang keganasan dan ancaman.

Namun, penulisnya berkata beliau tidak menerima sebarang ancaman dan meluangkan sebahagian besar masa berehat semalam, selain diwawancara pemberita dan gambarnya diambil jurugambar.

'Saya akan ke majlis makan malam ini (semalam), tetapi ia bukan satu penghormatan bagi saya atau sebagainya,' kata Cik Jones.

Beliau dijangka membacakan sebahagian novelnya Jumaat ini di Spokane sebelum ia dilancarkan.

Cik Jones berkata beliau telah melihat naskhah pertama buku berkulit kerasnya minggu lalu di New York.

'Saya menangis,' katanya. 'Ini impian saya sejak di tingkatan dua.'

Sebelum ini, Random House Inc membatalkan rancangan menerbitkan novel itu kerana bimbang jalan ceritanya yang provokatif akan mencetuskan reaksi ganas di kalangan masyarakat Islam.

Beaufort Books kemudian mengambil alih penerbitannya dan bersetuju mengedarkan novel itu lebih awal daripada tarikh edaran asalnya pada 15 Oktober ini.

Novel itu mengisahkan bagaimana Aisha, yang bernikah dengan Nabi Muhammad pada usia sembilan tahun, kemudian menjadi pemimpin politik dan tentera Islam atas kemampuannya sendiri.

Penerbitannya di Britian pula menerima tamparan apabila tiga lelaki ditahan di London kerana dikaitkan dengan serangan bom api di pejabat penerbitnya, Gibson Square.

Beaufort dijangka menerbitkan siri kedua novel itu tahun depan. -- AP.

No comments:

Posting Terkini