BISHKEK 6 Okt. – Sekurang-kurangnya 60 orang terkorban, manakala lebih 100 yang lain cedera dan puluhan buah rumah musnah dalam kejadian gempa bumi di kawasan luar bandar di selatan Kyrgyzstan semalam.
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) itu menggegarkan kawasan antara Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan.
“Kami masih meneruskan operasi menyelamat untuk mencari mangsa yang mungkin masih tertimbus di bawah runtuhan,” kata seorang jurucakap Kementerian Kecemasan dari ibu kota wilayah, Osh.
Jurucakap itu berkata, sebilangan mangsa cedera parah dan sekurang-kurangnya 128 buah rumah musnah di kampung Nura, di sempadan Kyrgyzstan dengan China. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment