Pages

Tuesday, July 22, 2014

Pemberi maklumat boleh diberikan ganjaran



Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata ganjaran boleh ditawarkan kepada pemberi maklumat untuk menggalakkan lebih ramai orang tampil ke depan.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk berbuat demikian.

"Menurut Seksyen 26 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, agensi penguatkuasa boleh mengarahkan ganjaran demikian (diberikan).

"Dan ia terpulang kepada agensi penguatkuasa untuk memberikan ganjaran itu," katanya.

Leong bercakap pada forum bertajuk "Pemberian maklumat di Malaysia: Sifat, undang-undang, perlindungan dan cabaran" di Kuala Lumpur, semalam.

Seorang wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim pada awalnya bertanya jika ganjaran perlu diberikan kepada pemberi maklumat.

No comments:

Posting Terkini