PETALING JAYA: Pengarah Biro Guaman dan Undang-undang PKR, Latheefa Koya menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebagai kenyataan yang tidak berhati perut.
Menurutnya lagi, kenyataan Tengku Adnan atau lebih mesra dipanggil Ku Nan yang akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah di tepi jalan sebagai satu tindakan yang salah dan tidak mencerminkan nilai-nilai Islam sebenar.
“Tengku Adnan sudah terlalu kaya sehingga tidak boleh lagi melihat masalah kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya
Jelasnya lagi, rakyat yang miskin di negara ini tidak meminta diri mereka untuk menjadi miskin. Malah kadang kala situasi yang memaksa mereka meminta sedekah dan menjadi miskin.
“Pelbagai situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi miskin seperti muflis, rumah terbakar, dan yang terjadi kepada penduduk di Kampung Chubadak juga boleh dilihat sebagai satu kemiskinan.
Kenyataan Tengku Adnan tentang kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan akan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan juga disangkal oleh Latheefa.
“Imej Kuala Lumpur kotor bukan disebabkan oleh pengemis, tetapi disebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak buat kerja
“Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak melaksanakan tugas mereka sewajarnya,” katanya.
Kata Latheefa lagi, bagaimana dengan slogan yang sering dicanangkan seperti ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?’.
“Adakah kini sudah bertukar kepada ‘ada aku kisah’?” soalnya.
Dalam masa yang sama, Latheefa turut menyifatkan kenyataan Tengku Adnan itu sebagai satu kenyataan yang tidak bijak.
“Beliau buat kenyataan yang bodoh sewaktu di bulan Ramadan,” katanya.
1 comment:
INILAH BINATANG YANG BERSIFAT KEBINATANGAN YANG AMAT TERUK DIKALANGAN BINATANG BINATANG DIDALAM DUNIA INI.DIA KAYA RAYA DENGAN MENYONGLAP HASIL NEGARA DENGAN IS BINATANG APA NIRAKUS.ADA ORANG YANG INGIN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG ORANG MISKIN PUN HENDAK DITENGAH .TAK TAHU LAH JEN
Post a Comment