Pages

Wednesday, March 19, 2014

Hishammuddin sedia beri taklimat MH370 pada Pakatan


Pemangku Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hishammuddin Hussein bersedia untuk memberi taklimat khas kepada Pakatan Rakyat tentang kehilangan MH370 dan usaha mencari serta menyelamat yang sedang dilakukan sekarang ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat perlu memohon untuk menghadiri taklimat sedemikian rupa, sama seperti yang dilakukan oleh kelab penyokong kerajaan (BBC).

"Lepas ini mungkin kita dapat buat perjumpaan dengan pembangkang dan pakar-pakar lain.

"Sudah tentu (saya bersedia memberi taklimat) jika mereka memohonnya.

"Cuma, saya tidak pasti apa jangkaan mereka," kata Hishammuddin sewaktu ditemui selepas sesi taklimat kepada MP BN, di sebuah hotel di ibu kota malam tadi.



Tinjauan wartawan yang menunggu di luar tempat taklimat berlangsung mendapati ia bermula sekitar jam 9.30 malam walaupun pada asalnya dijadual bermula pada jam 8.30 malam.

Taklimat berakhir apabila MP BN secara beramai-ramai keluar meninggalkan tempat taklimat sekitar jam 11.45 malam.

Selain MP BN, turut kelihatan hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Taklimat kepada MP BN pada malam tadi berlangsung selepas ia dilaporkan diminta oleh BBC.

Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang kritikan daripada Pakatan Rakyat yang menganggapnya memperkecilkan sistem demokrasi berparlimen.

No comments:

Posting Terkini