Pages

Wednesday, October 2, 2013

Doktor Saudi tolak dakwaan memandu jejas ovari wanita

RIYADH: Seorang doktor Arab Saudi menolak dakwaan seorang tokoh agama terkenal di Timur Tengah mengenai kesan memandu ke atas salah satu organ wanita.
Ulama tersebut mencetuskan keributan dan kemarahan kaum Hawa, apabila beliau mendakwa bahawa memandu boleh menjejas ovari wanita.
Dalam ulasannya yang disiarkan di udara pada hujung minggu lalu oleh saluran radio swasta Rotana, seorang ginekologi, Dr Mohammed Baknah, berkata kajian saintifik belum pernah membuktikan bahawa memandu mempunyai kesan yang buruk pada organ pembiakan wanita.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Sheikh Saleh Saad el-Leheidan, yang mendakwa bahawa wanita yang memandu boleh mengalami masalah pelvis yang ternaik ke atas.

Kenyataan beliau itu dibuat dalam dalam satu wawancara dengan laman web el-Sabq dan disiarkan pada Sabtu lalu.
Para ulama tegar menentang satu kempen, yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, yang menggesa wanita memandu sebagai mengingkari satu larangan memandu ke atas wanita oleh kerajaan Arab Saudi.
Seorang lagi ulama bulan ini menggesa orang ramai supaya mengganggu wanita yang mahu memandu. - AP.

No comments:

Posting Terkini