Pages

Monday, September 2, 2013

Shahnaz A Majid dakwa 'diseksa' anak Taib Mahmud

Shahnaz A Majid dan Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud
Taib Mahmud, Shahnaz A Majid, Mahmud Abu Bekir Taib
Shahnaz A Majid
Bekas menantu ketua menteri Sarawak hari ini memberi keterangan mengenai “penyeksaan fizikal, emosi dan mental” yang dialaminya sepanjang 19 tahun perkahwinan dengan Mahmud Abu Bekir Taib.

Menceritakan semula satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1994, Shahnaz A Majid, 50, mendakwa Mahmud menyedari terlupa membawa kunci rumah ketika pulang.

Pada masa itu, beliau berada di bilik air, kata Shahnaz.

Shahnaz berkata, beliau bergegas keluar dari bilik air selepas Mahmud mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.

"Apabila saya buka pintu, dia terus masuk dan menumbuk saya di muka dan di bahu. Dia juga menendang saya di perut,” katanya.

Shahnaz (gambar atas) berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis. Beliau turut mendedahkan satu kejadian lain yang berlaku di antara tahun 1994 dan 1999.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Abdul Karim Abdul Wahab seterusnya mengingatkan peguam Shahnaz berhubung alasan untuk membawa bukti seperti itu dalam prosiding melibatkan tuntutan mutaah RM100 juta.

Peguam Mahmud, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, sebelum itu mempersoalkan kesahihan soalan seperti itu memandangkan anak guam mereka mampu membayar dan plaintif hanya perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bagaimanapun, peguam Rafiee Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz berkata ia bagi menunjukkan alasan sah untuk penceraian itu.

No comments:

Posting Terkini