BANGKOK: Kakitangan lapangan terbang dikerahkan menangani sebuah pesawat Thai Airways yang tergelincir apabila ia mendarat di landasan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, lewat kelmarin.
Seramai 14 penumpang cedera apabila pesawat Thai Airways A330-300 yang tiba dari Guangzhou, China, itu tergelincir di Bangkok, menurut laporan sebuah media setempat.
Pesawat tersebut sedang membawa 287 penumpang dan 14 kakitangan pesawat semasa berlakunya kemalangan itu, menurut syarikat penerbangan berkenaan.
No comments:
Post a Comment