BANGKOK 21 Sept. - Pihak berkuasa Thailand semalam merampas aset bernilai kira-kira AS$771,625 (RM2.4 juta) termasuk sebuah kereta mewah Porsche dan Mercedes-Benz, daripada seorang sami selepas dia terbabit dalam satu lawatan kontroversi dengan menggunakan jet peribadi.
Setiausaha Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram Thailand (AMLO), Kolonel Polis, Seehanat Prayoonrat berkata, Wiraphon Sukphon dipercayai menipu orang ramai supaya memberikannya derma.
"Sami boleh menerima derma dan mesti menggunakannya untuk manfaat orang ramai bukannya untuk kegunaan dan kepentingan peribadi, katanya. - AFP
Sami selalu dikaitkan dengan hidup yang penuh dengan refleksi. Tetapi satu klik video yang panjangnya 2 minit dan 47 saat ini menunjukkan sebaliknya. Beberapa orang sami Thailand telah dirakam dengan perbuatan yang jauh beza dari apa yang kita tahu. Sami ini memakai kaca mata hitam, main smartphone serta iPods semasa menaiki jet mewah. Pihak tertinggi Buddha Di Thailand kini menyiasat video ini untuk mencari kesahihannya. Setakat tahun lepas 300 orang sami telah dibuang kerana masalah disiplin yang tak dapat diterima seperti kaki minum serta melakukan seks dengan gadis.
#Damm, bab gadis tu tak tahan!
No comments:
Post a Comment