Pages

Friday, September 20, 2013

Filem 'Diana' diizin tayang di Hungary

Ratu Elizabeth enggan cicit dinamakan Diana


PARIS: Filem 'Diana' lakonan Naomi Watts yang menerima banyak kritikan selepas tayangan perdana di London awal bulan ini, semalam mendapat kebenaran penayangan pertama kali di Hungary.
Ia memaparkan kembali kisah cinta mendiang Puteri Diana dengan pakar bedah jantung warganegara Pakistan, Encik Hasnat Khan.
Beberapa adegan dalam filem berkenaan menggambarkan kejadian berdasarkan laporan meluas media Britain seperti Encik Khan menyusup masuk ke Istana Kensington dengan mendiang Puteri Diana berbaring di kerusi belakang kereta sambil berselimut.
Ada juga adegan menunjukkan mendiang mengiringi Encik Khan ke kelab jaz dengan menyamar sambil memakai rambut palsu berwarna coklat. - AFP.

No comments:

Posting Terkini