Warga tempatan jual pasport pada harga RM2,000 dicekup
MELAKA - Cubaan seorang lelaki warga tempatan membaharui pasport miliknya menggunakan gambar warga Sri Langka gagal apabila dia dicekup di pejabat Pasport Jabatan Imigresen negeri hari ini.
Lelaki berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana mahu menjual pasport miliknya itu kepada warga asing tersebut dengan harga RM2,000.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail dalam sidang akhbar hari ini berkata, lelaki berkenaan hadir ke pejabat Pasport, Jabatan Imigresen Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi bagi membaharui pasport miliknya.
No comments:
Post a Comment