Pages

Saturday, July 27, 2013

Polis terima 18 laporan isu SK Seri Pristana



Polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selasa lepas.
    
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah.    
    
Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu,  dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama semalam.
     
Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian, 10 laporan pada keesokan harinya, empat dibuat semalam dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama.
    
Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
    
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
    
Pada Rabu lepas, Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Nasir Mohd Noor, 57, turut membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu tersebut.
    
- Bernama

No comments:

Posting Terkini