MANILA: Penggodam di Filipina telah menyiarkan dalam Internet apa yang didakwanya nombor telefon bimbit milik peribadi Presiden Benigno Aquino.
Jurucakap Encik Aquino, Encik Ricky Carandang, bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.
Encik Carandang menyifatkan tindakan penggodam itu sebagai satu "vandalisme siber".
Sekiranya nombor telefon itu sahih, ia membabitkan soal keselamatan peribadi Presiden serta rahsia negara.
"Ia satu vandalisme siber dan kami sedang menanganinya.
"Itu saja yang boleh saya katakan sekarang," kata Encik Carandang.
Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan akaun bernama "#pR.is0n3r" menggesa lebih 9,000 pengikutnya agar berkomunikasi secara langsung dengan Presiden Filipina itu.
Cubaan mendail nombor berkenaan gagal awal semalam kerana dipercayai sudah ditamatkan perkhidmatannya. - AFP.
No comments:
Post a Comment