Pages

Wednesday, May 1, 2013

Bekas penyokong Hindraf bakar patung pemimpin

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf)
Bekas penyokong Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) di Kulim hari ini membakar patung pemimpin organisasi itu P Waythamoorthy bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan keputusan merestui kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap kumpulan itu, M Asogan berkata, Waythamoorthy menggadaikan kehormatan diri dan maruah masyarakat India kepada Umno semata-mata kepentingan sendiri.

Beliau berkata, pada 2007 dan 2008, ribuan orang India turun ke jalan raya untuk menyuarakan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno dan BN.


"Tetapi dengan melupakan acara bersejarah ini, Waythamoorthy kini mendekatkan dirinya dengan Umno.

"Masyarakat India di Malaysia tidak akan sekali-kali memaafkan Waythamoorthy kerana mengkhianati masyarakat India yang terpinggir dan diketepikan," katanya selepas mengadakan bantahan bersama 500 hadirin di Paya Besar.

Paya Besar berada dalam kawasan Padang Serai di mana bekas peguam Hindraf dan kini Naib Presiden PKR N Surendran bertanding kerusi Parlimen menentang penyandang N Gobalakrishnan dan calon BN Heng Seai Kie, serta dua lagi calon bebas Hamidi Abu Hassan dan Othman Wawi.

Tindakan Waythamoorthy menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Najib bulan lalu dan meminta mereka memberikan BN majoriti 2/3 kembali dalam Parlimen mengundang kemarahan sebahagian penyokongnya.

No comments:

Posting Terkini