Pages

Thursday, April 4, 2013

Wan Azizah tidak bertanding PRU 13


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Perkara itu dimaklumkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada temubualnya secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.
Ia sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam KEADILAN.
“Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar.
Jawapan ini menutup spekulasi bahawa isterinya juga akan dicalonkan.
Minggu lalu, Wan Azizah dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.
Malah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.

Bagaimanapun, perkembangan ini dilihat sebagai negatif beberapa pihak kerana memadai penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan anaknya, Nurul Izzah Anwar bertanding.
Anwar pada sidang media semalam mengesahkan akan meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan memutuskan bertanding di Perak.
Kerusi yang bakal ditandingi beliau dijangka akan diketahui pada Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik, malam ini.
Nurul Izzah pula disahkan Anwar sebelum ini akan mempertahan kerusi Lembah Pantai bagi menentang Menteri Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
Ketika Nurul Izzah diterima baik rakyat setempat, Umno terpaksa berhempas pulas untuk menawan kerusi itu termasuk memindahkan ramai pengundi Melayu yang berhampiran ke Lembah Pantai.
Menteri Besar Selangor antara mangsa yang turut akan mengundi di Lembah Pantai, selepas mengundi di Selangor sebelum ini.

No comments:

Posting Terkini