Pages

Monday, March 11, 2013

150 ditahan kerana bakar rumah penganut Kristian


LAHORE: Polis di timur Pakistan semalam berkata mereka telah menahan sekitar 150 orang yang dituduh membakar berdozen-dozen rumah penganut Kristian kerana marah terhadap ulasan yang didakwa menghina Islam.
Ratusan penganut Islam menyerang sebuah kejiranan Kristian di bandar Lahore, kelmarin, dan membakar kira-kira 170 rumah di sana.
Insiden itu dikatakan bermula Jumaat lalu, apabila seorang penganut Islam menuduh seorang penganut Kristian membuat komen yang menghina Nabi Muhammad. - AP.

No comments:

Posting Terkini