Pages

Monday, December 20, 2010

Perhimpunan Mahasiswa Negara

mahasiswa3Oleh K Pragalath
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penuntut universiti bercadang mengadakan Perhimpunan Mahasiswa Negara pada 11 Januari tahun hadapan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Seorang ahli kumpulan pelajar tersebut, P Dinesweri berkata tujuan utama perhimpunan adalah:

  • menyatukan penuntut universiti tanpa mengira kaum, institusi pengajian tinggi (IPT) dan kecenderungan politik.
  • membentuk sesi Parlimen Mahasiswa yang akan mencari penyelesaian terhadap  masalah yang dibangkitkan
  • memobilisasi penuntut di semua IPT untuk saling bekerjasama di dalam satu rangkaian sesama sendiri
"Dalam sesi pertama semua pelajar yang menghadiri perhimpunan akan diberi masa dua minit untuk mengutarakan masalah mereka.
"Lima isu utama kemudiannya akan diperhalusi di dalam sesi Parlimen Pelajar di mana para pelajar mengutarakan penyelesaian kepada masalah tersebut.
"Sudah tibanya masanya pelajar bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan bukannya mengadu," katanya dalam sidang akhbar di KLSCAH hari ini.
Menurut Dinesweri, seramai 250 hingga 300 penuntut dari 85 IPT di seluruh negara telah menyatakan kesediaan untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, sehingga  ini tiada ahli dari majlis perwakilan  pelajar (MPP)tetapi mengalu-alukan penyertaan mereka.
"Penyertaan mereka akan meningkatkan keberkesanan MPP," kata penuntut jurusan pendidikan dari Universiti Malaya itu.
Media turut dimaklumkan bahawa kempen perhimpunan ini telah dimulakan melalui pelancaran laman web pada minggu lepas.
Ketika ditanya tentang arah tuju kumpulan ini selepas sesi Parlimen Pelajar, Dinesweri berkata ia terpulang kepada konsensus penuntut pada 11 Januari depan.
Beliau  juga memberitahu bahawa mereka belum menerima apa-apa halangan dari pihak pentadbiran mana-mana institusi pengajian tinggi berhubung dengan perhimpunan ini.
"Para pensyarah yang rapat dengan kami menyokong langkah ini, katanya kepada FMT."
Sementara itu seorang ahli kumpulan ini, Ahmad Farid yang juga penuntut jurusan undang-undang tahun kedua dari UKM, menambah bahawa perhimpunan ini akan menyediakan pentas kepada para pelajar yang tidak menyokong kumpulan mahasiswa pro-mahasiswa mahupun kumpulan mahasiswa pro-kerajaan.
"Ia merupakan jalan tengah untuk mereka," katanya.

No comments:

Posting Terkini