
"Saya pergi sebagai penceramah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Alor Gajah di sini pada Isnin.
Kerusi Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.
Samy Vellu, yang melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Datuk G.Palanivel pada 6 Dis lepas, berkata bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada 1,700 pengundi India di kawasan itu.
Semasa berucap pada majlis itu, Samy Vellu berkata sejak 2008, kerajaan pusat memperuntukkan RM200 juta bagi membaik pulih atau membina bangunan baru SJKT di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kemudahan pendidikan kepada masyarakat India, lapor Bernama.
Bangunan baru empat tingkat SJKT Alor Gajah bernilai RM3.3 juta dapat menampung 481 pelajar.
No comments:
Post a Comment