KUALA LUMPUR 16 Feb: Senator Australia, Nick Xenophon yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini ditahan pihak imigresen dan kini dalam proses penghantaran pulang ke negaranya.
Beliau sepatutnya bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, 18 Februari, selain ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas. Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia.
Sebelum ini, Nick Xenophon mempersoal tindakan kerajaan Malaysia menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk mempelawa beliau sebagai pemerhati bebas bagi memantau Pilihan Raya Umum ke 13.
November tahun lalu, beliau menyerahkan surat Anwar kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr berhubung permintaan itu.
Xenophon yang mengganggotai pemerhati misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) sebelum ini turut mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia.
Menurutnya, 10 hari tempoh berkempen terlalu singkat berbanding negara lain yang meperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.
Xenophon juga pernah melahirkan rasa kecewa mengenai sekatan terhadap media dan pembersihan daftar pemilih di negara ini.
No comments:
Post a Comment