Pages

Monday, January 7, 2013

Pemimpin BN bina banyak empangan untuk bolot kekayaan


 Anwar ceramah sarawak
BAU (SARAWAK) 7 JANUARI: Pemimpin BN galak membina empangan di Sarawak bagi mengautkan keuntungan setiap kali kos melambung apabila projek tertangguh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya wujud agenda tersirat di kalangan pemimpin BN berikutan lambakan projek pembinaan empangan kerana ia melibatkan kos tinggi.
“Empangan Batang Air, berapa lama tidak siap? 22 tahun lebih. Bakun? 15 tahun lebih. Pampasan sampai hari ini pun belum habis bayar lagi.
“Empangan Bakun kapasiti sampai 200 tahun. Empangan Batang Air sudah besar, mahu buat Empangan Baram lagi. Cukuplah. Mahu buat banyak-banyak pasal apa?” kata Anwar.

Pemimpin BN bina banyak empangan untuk bolot kekayaan“Berapa banyak nak dibina? Ini pemimpin gila dam (empangan). Mana ada negeri di dunia yang banyak empangan? Pemimpin BN ambil bukan sedikit, bukan puluh juta, ratus juta,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 2,000 masyarakat Bidayuh di tempat letak kereta, Pekan Bau, malam tadi.
Justeru, Anwar memberi jaminan untuk menutup Empangan Bengoh di Sarawak apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Kalau BN perintah empangan akan ada tapi apabila kita perintah, empangan tiada,” katanya
Pemimpin BN bina banyak empangan untuk bolot kekayaanLaporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan perancangan tidak sempurna berkaitan penempatan semula penduduk pribumi sekitar Empangan Bengoh menyebabkan kelewatan projek.
Empangan menelan belanja RM310.65 juta yang 97.3 peratus siap itu tidak boleh diisi dengan air mengikut jadual hingga semua penduduk pribumi itu dipindah.
Laporan itu menganggarkan kelewatan itu menyebabkan kos tambahan RM58.37 juta.

No comments:

Posting Terkini