PETALING JAYA: Penyanyi dan pencipta lagu Malaysia yang berpangkalan di Los Angeles, Yuna, 26 tahun, dijangka menghadapi satu tahun yang cerah tahun ini, setelah menandatangani kontrak bersama Verve Music Group, sebuah syarikat rakaman utama di Amerika Syarikat.
Kerjaya muzik Yuna dijangka menjangkau ke pasaran lebih luas di seluruh dunia dengan adanya sokongan pengedar Universal Music Group di sebalik kontraknya dengan Verve Music.
Ini akan menyertakan Yuna bersama pelbagai artis Verve Music yang lain, termasuk Diana Krall, Jamie Cullum, Herbie Hancock dan Rod Stewart.
"Yuna sudah pun mula menulis muzik baru dan sedang mengadakan rakaman di Los Angeles. Dia kini di studio bersama penerbit Mike Eingziger (gitaris kumpulan Incubus)," kata pengurus penyanyi dan penulis lagu itu, Cik Nor Zaina Wardah.
Album pertama Yuna bagi Verve Music dijangka siap dalam enam bulan terakhir tahun ini.
Sementara itu, Yuna turut menyumbangkan muziknya bagi soundtrack filem, "The Croods", yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Filem 3-D itu, yang diterbitkan oleh Dreamworks Animation, akan ditayangkan pada Mac ini di Amerika.
Selepas menembusi arena muzik setempat pada 2008 dan menerbitkan dua album yang memenangi anugerah bagi pasaran setempat, Yuna memutuskan berpindah ke Amerika Syarikat dua tahun lalu.
Artis itu telah membina profilnya dengan sebuah EP, Decorate, dan sebuah album yang diberi tajuk namanya sendiri di bawah label Fader, sebuah syarikat rakaman bebas di New York.
Album dengan tajuk namanya sendiri di Amerika itu mengandungi lagu-lagu terbitan Pharrell Williams, dan dikeluarkan pada April tahun lalu.
Kontrak Yuna bersama label Fader berakhir pada lewat tahun lalu, menyebabkan beliau mengadakan rundingan dengan Verve Music, yang agak cepat untuk menandatangani kontrak dengan artis itu.
Penerbit yang memenangi beberapa anugerah Grammy, David Forster, yang juga ketua operasi kreatif Verve Music, baru-baru ini menyiarkan ulasannya dalam Twitter:
"Saya benar-benar teruja mengenai artis hebat akan datang menyertai @vervemusic.
"Tunggu dan perhatikan @yunamusic pada 2013." - The Star.
1 comment:
Yang bestnya, lagu yang jadi juara semalam berlatarbelakangkan Perancis iaitu negara pengeluar kapal selam kontroversi Malaysia. Maunya berpeluh Najib setiap kali dengar lagu tu.
Post a Comment