Pages

Tuesday, December 18, 2012

Rasuah dalam urusan niaga: Indonesia di tangga kedua


Rasuah dalam urusan niaga
JAKARTA: Indonesia berada di tangga kedua, setelah Malaysia, dalam tinjauan mengenai pemberian rasuah untuk menjalankan perniagaan yang dilaksanakan badan pemerhati antirasuah, Transparency International, lapor media tempatan semalam.
Bertajuk Tinjauan Pemberi Rasuah 2012, ia meninjau 3,000 eksekutif syarikat di 30 negara yang ditanya jika sepanjang tahun lalu, mereka gagal mendapat kontrak perniagaan kerana pesaing mereka memberi rasuah kepada para pegawai.
Tinjauan itu menunjukkan 42 peratus eksekutif Indonesia menjawab 'ya' bagi soalan itu.

Jumlah itu lebih rendah daripada 50 peratus eksekutif Malaysia dan kurang daripada 27 peratus eksekutif di China yang memberikan jawapan positif untuk soalan itu. - Agensi.

No comments:

Posting Terkini