BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka telah menjumpai beribu seluar dalam wanita di rumah seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam rompakan.
Ini kali kedua dalam tahun ini lelaki berkenaan didapati mengumpul seluar dalam wanita.
Danai Raiwech, 48 tahun, ditangkap di rumahnya di daerah luar Bangkok kelmarin selepas polis menggeledah kediaman itu berkaitan satu kes rompakan barang kemas bernilai AS$325,000.
Isteri Danai didapati sedang memakai beberapa barang kemas yang dicuri itu.
Semasa serbuan, para pegawai polis turut menjumpai beberapa beg yang penuh dengan seluar dalam wanita.
"Dia mengaku yang dia terlalu obses dengan seluar dalam. Dia telah mengumpul seluar dalam wanita sejak sekian lama.
"Dia mencuri seluar dalam itu dari rumah atau apartmen, sebanyak tiga atau lima helai pada setiap masa.
"Saya berhenti mengira apabila mencapai bilangan 2,000 helai tetapi saya percaya dia mempunyai lebih 5,000 helai seluar dalam," kata Kolonel Polis Napanwut Liamsanguan.
Menurut jurucakap polis itu, isteri suspek mengetahui masalah yang dihadapi suaminya tetapi dia enggan berjumpa doktor.
Pada Januari lalu, pegawai polis pernah menjumpai lebih 1,000 seluar dalam di but kereta Danai selepas dia ditangkap atas kesalah merompak.
Pihak polis turut menjumpai beberapa ribu seluar dalam selepas serbuan dilakukan ke atas rumahnya kemudian.
Danai telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas dia mengaku mencuri dan mengumpul seluar dalam wanita sejak berusia 18 tahun.
Kolonel Napanwut berkata Danai akan didakwa atas pertuduhan mencuri barang kemas tetapi adalah sukar mendakwanya atas tuduhan mencuri seluar dalam kerana pemilik pakaian itu harus membuat aduan dulu kepada pihak polis. - AFP.
No comments:
Post a Comment