Pages

Monday, November 19, 2012

Musa Aman diheret ke mahkamah


Shamsul Iskandar Mohd Akin.
SABAH 18 Nov: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan diheret ke mahkamah atas pelbagai kesalahan penyelewengan sebaik saja Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Sabah, kata  Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu berkata, ia bukan mustahil kerana pernah berlaku terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo.
“Khir Toyo telah kita heret ke mahkamah walaupun hanya menjatuhi hukuman ringan iaitu penjara setahun tapi ia membuktikan penglibatannya dalam rasuah.
“Musa Aman yang bolot hasil kekayaan bersama kroninya, Michael Chia juga akan kita heret,” katanya depan lebih 400 penduduk di kampung Sungai Pukul, Pulau Batik, Tawau.

Musa Aman sebelum ini didakwa terlibat membersihkan wang haram berjumlah US$90 juta bersamaan RM275 juta, selain dikait dengan skandal wang haram RM40 juta apabila Michael Chia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Hong Kong.
Jelajah Tuntutan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah kendalian AMK  itu dijadual menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Di Bawah Bayu  bermula dari Tuaran dan berakhir di Labuan pada 19 November ini.
Antara pimpinan muda yang ikut serta ialah Pengarah Strategi AMK, Ahmad Zaki Yamani; Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan Exco AMK Pusat, Dr Natassia Sarah.
Shamsul bimbang rakyat Sabah akan terus menderita jika Umno BN terus dibiar berkuasa dan Musa Aman terus membolat kekayaan negeri.
“Ini hanya dapat diatasi jika Pakatan menang untuk angkat martabat rakyat dari terus dihina penyamun bernama Musa Aman,” katanya.

No comments:

Posting Terkini