Pages

Tuesday, August 7, 2012

Lagi cerita polis pembunuh

(Oleh Norutul Ilham)
SUNGAI BULOH 7 Ogos: Seorang anak pengedar akhbar Suara Keadilan, meninggal dunia akibat dilanggar polis sekitar jalan Sungai Buloh dan Sungai Besar Ahad lalu. 
Orang baik tidak jadi polis.....
Kejadian tragis ini berlaku pagi itu ketika anak Mohd Jan Mohan bersama rakan-rakan mahu keluar bersiar-siar sekitar Puncak Alam.
Kathyrawan, 25, merupakan anak hasil perkahwinan Mohd Jan sebelum beliau memeluk Islam.
Menurut isteri Mohd Jan, Diana Rusdi Hamzah, 34, semasa kejadian, kereta pacuan empat roda anak tirinya itu rosak di selekoh menuju ke Puncak Alam.

Akibat kerosakan itu, beliau terpaksa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum dilanggar kereta polis.
“Lebih kurang jam 1.00 pagi, Kathyrawan keluar bersama empat kawan, apabila sampai satu selekoh, keretanya mati tiba-tiba. Kemudian kawannya telefon lori tunda lebih kurang 1.30 pagi.
“Sementara menunggu lori sampai, mereka menunggu di tepi jalan.  Sebaik lori tunda sampai, satu kereta polis dipandu laju melanggar mereka sehingga tercampak dalam semak berhampiran,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Bagaimanapun, Diana memberitahu, Kathyrawan tidak tercampak dalam semak, sebaliknya terjatuh dalam gaung berhampiran hingga menyebabkan kematian.
“Menurut ibu kandungnya, mayat Kathyrawan patah leher, bahu, dan kulit kakinya hancur selain darah mengalir melalui mulut dan telinga.
“Kathyrawan dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan mayatnya dibawa pulang lebih kurang jam 11.00 pagi Ahad.
“Akibat mayat yang tidak elok kesan kemalangan, beliau terus dibawa ke pusat pembakaran sebelum dilepaskan abunya,” cerita Diana yang  berasal daripada Indonesia.
Kata Diana, apa yang dikesalkan keluarganya apabila polis yang bertugas di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh itu tidak mahu bertanggungjawab, sebaliknya menyalahkan lori penunda yang tidak memasang lampu besar.
“Kalau kereta polis itu dipandu perlahan, rasanya dia sempat brek. Sekarang ini polis cakap dia tidak salah dan budak-budak itu yang salah kerana tidak memberikan tanda isyarat.
“Suami saya sedih sangat. Tidak tahu mahu buat apa, anaknya baru mati dalam keadaan seperti itu. Polis pula tidak mahu bertanggungjawab,” ujarnya.
Kes diklasifikasikan mati mengejut oleh polis.

No comments:

Posting Terkini