Oleh Mastura Abdul Rahman: Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat adalah salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia dan merupakan ngarai yang terkenal di bumi. Ia kerap menjadi tumpuan dalam mata pelajaran ilmu alam. Walau pernah menaklukinya dengan rakan sejawat 20 tahun lalu, saya masih tidak dapat melupakan pemandangan indah yang pernah saya saksikan di sana.
Maka itu, pada hujung tahun lalu, kami sekeluarga memilihnya sebagai destinasi percutian. Untuk ke sana, anda boleh menaiki pesawat ringan, helikopter, bas pelancong atau memandu kenderaan sendiri. Semua ini boleh dilakukan dari bandar terdekatnya iaitu Las Vegas, di Nevada. Namun, suami saya memilih untuk memandu sendiri ke sana.
Bermulanya perjalanan Seperti ramai pelancong kini, kami juga memilih untuk buat jauan melalui Internet. Terdapat banyak laman web yang menyenaraikan maklumat di samping harganya.Ia membolehkan kami membuatperbandingan dan memilih tawaranterbaik.
Malah, sebahagian daripada keperluan semasa di sana telah ditempah di sini. Dari Singapura, kami menaiki pesawat syarikat penerbangan, Singapore Airlines (SIA), melalui Tokyo, Jepun. Perjalanannya mengambil masa 17 jam. Kami mendarat di bandar Los Angeles, Amerika Utara.
Setibanya di Lapangan Terbang Tom Bradley, kami terus mengambil kereta sewa dari syarikat Fox, yang ditempah melalui Internet semasa di Singapura. Dengan memandu kereta, Nissan Sentra, kami meneruskan perjalanan ke Anaheim, tempat penginapan kami buat lima malam berikutnya. Sepanjang tempoh itu, kami sempat berkunjung ke taman bertema, Disneyland, UniversalStudios dan Warner Brothers tudios. Satu lagi tempat yang sempat kami lawati adalah Legoland, yang terletak di Carlsbad, juga di California.
Selepas lima malam di Anaheim, kami bertolak ke bandar Las Vegas yang terletak lebih kurang 420 kilometer jauhnya. Untuk mengelakkan kesesakan, kamii bertolak seawal 7 pagi. Perjalanan yang agak jauh ini banyak melalui kawasan padang pasir yang berdebu. Sungguhpun demikian, suhu di sana tidakklah begitu panas cuma sekitar 18 darjah Celsius sahaja. Dapat juga kami lihat beberapa pekan kecil. Kebanyakannya mempunyai bilangan penduduk yang sedikit. Untuk berehat, kami singgah seketika di pekan Baker.
Di sinilah terletak termometer - alat penyukat suhu - tertinggi di dunia! Malangnya, termometer itu sudah tidak lagi berfungsi. Yang tinggal hanya menara yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kebanggaan penduduk di sana. Selepas sekitar lima jam perjalanan dari Anaheim, kami tiba di Las Vegas yang menjadi tumpuan golongan yang gemar mengunjungi kasino. Bilangan kasinonya memang tidak terkira banyaknya. Ia dapat dilihat di hampir setiap ceruk dan pelosok bandar yang terletak di engah tengah gurun pasir wilayah Nevada. Maka itu, tidak hairanlah tempat ini diberi gelaran ‘Sin City’ atau ‘Bandar Dosa’. Walau bandar ini tidak sebesar Los Angeles, namun bilangan pengunjungnya amat ramai. Apa tarikan bagi kami di sana? Satu perkara yang pelik buat saya ialah walau di sana jua anda meletak kereta, meskipun di dalam hotel, tiada bayaran dikenakan. Semuanya percuma! Seronok rasanya! Kami sekeluarga menghabiskan hari pertama di Las Vegas dengan menikmati indahnya pemandangan bandar itu di waktu malam apabila ia bermandi cahaya lampu-lampu yang bersinar sehingga ke lewat pagi.
Pastikan anda isi minyak!
Pada hari berikutnya, kami bertolak ke Grand Canyon sekitar 7 pagi. Perkara utama yang perlu diingat ialah untuk memastikan anda mengisi minyak petrol kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana tiada stesen mengisi minyak untuk orang awam di kawasan Grand Canyon yang begitu luas dan terletak antara dua wilayah iaitu Nevada dan Arizona. Lazimnya, pengunjung ke Grand Canyon boleh menikmati keindahan alam semula jadi dari beberapa arah, iaitu, utara, selatan atau barat. Bagi kami, kawasan terdekat dari Las Vegas ialah di bahagian barat, atau dikenali dengan Grand Canyon West Rim.

Kawasan ini bukan terdiri daripada Grand Canyon National Park, tetapi terletak dalam kawasan penempatan bagi suku kaum Red Indian dari suku Hualapai. Ia terletak dalam kawasan pemuliharaan, Hualapai Indian Reservation. Jarak dari bandar Las Vegas ialah sekitar 190 kilometer.
Tarikan ampangan
Semasa dalam perjalanan, kami sempat singgah di ampangan yang dikenali sebagai Hoover Dam. Kami sangat teruja dengan keluasan tempat ini dan kagum dengan ampangan besar buatan manusia itu. Seterusnya, anda juga boleh menikmati keindahan tasik yang luas yang dikenali sebagai Lake Mead. Dari tempat ini anda boleh menaiki helikopter yang akan membawa anda melihat kawasan sekitaran tasik melalui udara.

Berhampiran dengan kawasan di West Rim, terdapat satu lingkaran jalan raya yang lain daripada yang lain. Sekitar 16 kilometer laluannya terdiri daripada jalan yang tidak dilapisi tar. Di sepanjang jalan, ia hanya diselaputi batu-batu kerikil. Ia bermakna kelajuan kenderaan juga agak terhad iaitu tidak melebihi 60 kilometer sejam. Ini dilakukan atas sebab-sebab keselamatan. Walaupun begitu, ia memberikan pengalaman memandu yang begitu berbeza berbanding
dengan keadaan jalan raya di Singapura.
dengan keadaan jalan raya di Singapura.
Jambatan kaca
Apabila kami meneruskan perjalanan, ia membawa kami ke Pierce Ferry Road dan Diamond Bar Road. Di sana, terdapat sebuah lapangan terbang kecil, Grand Canyon West Airport. Dari situ, anda boleh menikmati kawasan sekitar Grand Canyon melalui udara dan juga mendarat secara langsung di kaki Grand Canyon, di tebing sungai Colorado. Di sini juga anda boleh mengambil pakej wisata untuk melihat cara kehidupan suku kaum Hualapai dan melawat tempattempat seperti Eagle Point, Guani Point dan Hualapai Ranch.

Salah satu daya tarikan di sini adalah peluang untuk berjalan di atas jambatan kaca, atau Skywalk. Pemandangan dari atas memang agak menggerunkan. Dengan ketinggian sekitar 1,220 meter anda boleh ikut kecut dibuatnya apatah lagi bagi mereka yang memang takut apabila berada di paras tinggi. Namun, ia memberi anda peluang berjalan di atas jambatan kaca sambil melihat langsung ke dasar Grand Canyon. Ia membuat anda berasa seolah-olah seperti si burung helang yang terbang tinggi sambil menikmati betapa indah kawasan persekitarannya.
Hakisan semula jadi di tepi lereng lurah yang curam memperlihatkan bentuk seekor burung helang. Dari sinilah nama ‘Eagle Point’ diperolehi. Sentuhan tradisi Bagi mereka yang suka mempelajari kebudayaan sesuatu kaum, persembahan tradisional kaum Hualapai turut disediakan buat para pengunjung. Pakaian yang diperagakan begitu berwarna-warni dan dihiasi dengan bulu-bulu burung yang erdapat di sekitarannya. Jika anda pernah berangan-angan untuk menjadi koboi, usah ketinggalan untuk mengunjungi Hualapai Ranch.
Di sana, terdapat banyak kegiatan seperti memanah, menunggang kuda, melontar tali untuk menangkap lembu dan sebagainya. Ia sekali gus, membawa anda kembali ke zaman, Wild Wild West seperti dalam siri televisyen, Bonanza!Di Guano Point, kami berpeluang melalui sebuah dataran di mana di penghujungnya terdapat sebuah bukit kecil yang boleh didaki. Dari situ, kami berpeluang melihat Sungai Colorado yang mengalir nun jauh di dasar Grand Canyon. Barang-barang kraf tangan yang dihasilkan golongan suku kaum Hualapai juga turut dijual di sini.
Saya sempat berbual-bual dengan anak peribumi kaum ini. Menurutnya, anak-anak mereka tetap diajar untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ia masih digunakan dalam pertuturan harian mereka. Apabila tiba lewat petang, sampailah masa untuk kami pulang. Walaupun letih, peluang melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Yang Maha Agung membuat kami bersyukur. Bumi yang luas ini memang sangat besar dan masih banyak lagi tempat menarik yang boleh diterokai.
No comments:
Post a Comment