Pages

Sunday, June 24, 2012

Salah atas 45 tuduhan penderaan seks

PHILADELPHIA (Amerika Syarikat): Seorang bekas penolong jurulatih ragbi sebuah universiti di Pennsylvania, Jerry Sandusky, kelmarin didapati bersalah atas 45 tuduhan penderaan seks kanak-kanak dalam skandal yang telah mengejutkan negara.
Sandusky, 68 tahun, didakwa mencabul 10 budak lelaki dalam tempoh 15 tahun - antara 1994 dengan 2008.
Kanak-kanak itu direkrut mengikuti latihan ragbi di bawah program kebajikan khusus untuk kanak-kanak daripada keluarga pincang.
Beberapa insiden pencabulan itu dilaporkan berlaku di kampus Universiti Pennsylvania State.

Kes itu telah mengejutkan rakyat Amerika memandangkan jurulatih ragbi biasanya disanjungi oleh masyarakat setempat.
Skandal itu telah menyebabkan ketua jurulatih ragbi universiti berkenaan, Joe Paterno, yang juga seorang ikon negara, dipecat kerana gagal memaklumkan pihak berkuasa walaupun dia diberitahu Sandusky telah mencabul seorang budak lelaki di bilik mandi.
Paterno, 85 tahun, yang dipecat pada November lalu kemudian meninggal dunia secara mengejut ekoran barah paru-paru pada Januari lalu.
Presiden universiti yang mempunyai program ragbi terkenal itu telah turut dipecat.
Media setempat melaporkan Sandusky akan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dalam tempoh 90 hari mendatang. - AFP.

No comments:

Posting Terkini