Pages

Sunday, June 24, 2012

Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik

JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.
"Sebanyak 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta,” katanya.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. – BERNAMA
9 hours ago
Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan PTPTN dan beberapa model pembiayaan pendidikan tinggi yang akan dibincangkan dengan pimpinan siswa, aktivis pelajar dan orang ramai.
Jun 07, 2012
Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan. Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan. Kelemahan ini (baca di sini) PKR masih ...
Jan 13, 2011
Tahukah Dato' Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit ...
Apr 21, 2012
Kata Mufti Pahang, hukumnya haram (baca di sini) jika tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Elo Abdul Rahman Othman; Kerajaan Rakyat ada tiga soalan hendak mintak ...

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa sekarang boleh pula diubahkan kepada Biasiswa apakah ini yang dikatakan BN takut dengan kuasa rakyat sekarang setelah sekian lama dan sudah ramai kroni menjadi kaya raya dengan penyelewengan kuasa oleh orang melayu yang dikatakan bangsa pejuang bangsa .

Anonymous said...

Ada orang tanya, macam mana pula dengan Ijazah Sarjana? Takkan sarjana muda sahaja. Mereka yang ambil ijazah sarjana pun ada yang cemerlang malah lebih cemerlang dari pelajar ijazah sarjana muda.

Tapi terus teranglah, tawaran Pakatan Rakyat lebih menarik, ikhlas dan tak memilih bulu. Orang bijak-bijak jika diberi umpan isinya kita ambil, mata kail kita buang.... kita bukan ikan yang terpaksa telan umpan dan mata kail sekali.

Posting Terkini