Pages

Wednesday, May 2, 2012

Terbukti tak salah lepas 18 tahun dijel


COLORADO (Amerika Syarikat): Seorang lelaki 51 tahun kelmarin dibebaskan dari penjara atas tuduhan merogol dan membunuh seorang wanita pada 1994, apabila ujian DNA baru membuktikan beliau tidak bersalah.

Encik Robert Dewey berusia 33 tahun ketika didakwa membunuh Cik Jacie Taylor, 19 tahun, yang dijumpai mati dalam tab mandi. Beliau tidak mengaku salah.

Ujian baru DNA menunjukkan pembunuh sebenar ialah Douglas Thames, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh berasingan. -- AP.

No comments:

Posting Terkini